Thursday, 23 October 2014

Kos membuat pelan rumah


Seringkali Kos bagi penyediaan pelan memainkan peranan penting sebelum sesuatu pelan dapat disiapkan dan seterusnya di buat permohonan kepada pihak PBT. Mengelakkan kekeliruan berkenaan bayaran, pihak Arkitek atau Pelukis Pelan Berdaftar akan mengasingkan bayaran tersebut. Disini dimaklumkan bayaran yang akan atau bakal di kenakan kepada pemilik rumah.

1. Bayaran Penyedian pelan - Anggaran harga akan di tetapkan oleh pihak arkitek setelah
     perbincangan dan kata putus berkenaan skop kerja dan rekabentuk pelan yang hendak di
     pinda di muktamadkan bersama pemilik. Harga berdasarkan rekabentuk serta keluasan
     tambahan yang akan pemilik lakukan. Selalunya bayaran ini akan dibuat dalam 2 kali
     bayaran. Sebelum permohonan dibuat ke PBT dan setelah kelulusan dikeluarkan.

2. Bayaran Proses Pelan - Bayaran memproses pelan akan dikenakan kepada setiap
    permohonan. Bil ini akan ditanggung oleh pihak pemilik kediaman. Bayaran ini termasuk lah
    fee bagi memproses plan, cagaran atau deposit berkaitan dan deposit tong sampah
    kepada Alam Flora atau agensi berkenaan. Jumlah Bayaran ini juga tidak sama pada
    setiap PBT. Ia akan dikira berdasarkan keluasan tambahan yang dibina.

3. Bayaran Untuk CCC@CF - Bayaran ini sering dikenakan secara berasingan oleh pihak
    Akitek atau pelukis Pelan. Ini kerana terdapat kecenderungan pemilik untuk mengubah
    rekabentuk rumah semasa pembinaan sedang dilakukan. Jika ini berlaku, dan pemilik
    masih tetap untuk mendapatkan CF@CCC, permohonan pindaan kepada pelan kelulusan
    yang terdahulu harus dikemukan dan mendapat kelulusan PBT.

4. Denda - Denda akan dikenakan kepada pemilik rumah yang telah melakukan pembinaan
    sebelum permohonan pelan dibuat atau melakukan pembinaan sebelum kelulusan diberi.
    Denda akan dikira kepada 10 kali ganda dari fee memproses pelan. Bayaran ini juga akan
    di tanggung oleh pihak pemilik.

Makluman ini adalah berdasarkan permohonan pelan yang mengikut Undang-Undang kecil bangunan setiap PBT. Jika tambahan dilakukan diluar syarat-syarat yang ditetapkan, kemungkinan pelan tidak akan diluluskan.

No comments:

Post a Comment