|
SYARAT PINJAMAN UBAHSUAI DARIPADA JABATAN PERBENDAHARAAN
pINJAMAN PERUMAHAN MALAYSIA
|
|
|
*Kakitangan Awan berjawatan tetap.
*Warganegara Malaysia
|
|
|
*Borang permohonan dikemukakan 6 bulan
sebelum bersara/tamat perkhidmatan
|
|
|
*Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
|
|
|
*Telah disahkan dalam jawatan
|
|
|
*Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman
@ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
|
|
2.
|
Syarat-Syarat
Pinjaman/Pembiayaan Bagi Pembelian Harta Kedua
|
|
SYARAT-SYARAT
KELAYAKAN PINJAMAN PERUMAHAN
PERBENDAHARAAN BAGI PEMBELIAN HARTA KEDUA |
||
Melalui Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.
10 Tahun 2005 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari, 2006, semua
Anggota Kerajaan yang telah selesai hutang pinjaman pertama adalah dibenarkan
membuat permohonan pinjaman perumahan untuk membeli harta kedua bagi semua
jenis Pinjaman Perumahan Perbendaharaan (Jenis I, II, III, IV dan V )
tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut :
|
||
(i)
|
Kelayakan pinjaman harta kedua adalah
seperti berikut:-
|
|
|
(a)
|
Pegawai bertaraf jawatan tetap dan berpencen
|
|
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa
iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama dan
tertakluk kepada ansuran bayaran balik bulanan tidak melebihi 50% dari
anggaran pencen yang akan diterima
|
|
|
Bagi menentukan kelayakan
pinjaman berdasarkan ansuran bayaran balik tidak melebihi 50% dari pencen,
kaedah pengiraan pencen adalah seperti berikut :-
1 _ X Gaji pokok semasa X 300
bulan.
600 |
|
|
(b)
|
Pegawai bertaraf jawatan tetap dan mencarum
kepada KWSP.
|
|
|
Jumlah pinjaman atas baki kelayakan semasa
iaitu amaun perbezaan di antara kelayakan semasa dengan pinjaman pertama.
|
(ii)
|
Bayaran Wang Proses adalah RM 2.00 bagi
setiap RM 1,000 pinjaman yang dipohon tertakluk kepada tiap-tiap ribu
ringgit yang hampir ( RM 500 dan ke atas dikenakan
tambahan RM 2.00 )
|
|
(iii)
|
Tempoh maksima bayaran balik pinjaman adalah
20 tahun bagi peminjam yang berpencen. Bagi peminjam yang mencarum
kepada KWSP pula tempoh bayaran balik adalah terhad kepada umur
persaraan wajib.
|
|
(iv)
|
Bagi pinjaman jenis IV ( Pembelian tanah
untuk tujuan mendirikan rumah di atasnya ) kelayakan maksima adalah
tidak melebihi 50% dari kelayakan semasa dan tempoh maksima bayaran balik
adalah 10 tahun
|
|
(v)
|
Peminjam diwajibkan mengambil
Insurans/Takaful Gadai janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang
disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman.
|
|
(vi)
|
Kadar faedah Bayaran Balik Pinjaman adalah
4% setahun.
|
|
(vii)
|
Permohonan hendaklah sampai ke BPP tidak
lewat dari 6 bulan sebelum tarikh persaraan bagi peminjam yang berpencen
sahaja.
|
|
(viii)
|
Borang setuju terima pinjaman hendaklah
dilengkapkan dan dikembalikan kepada BPP dalam tempuh (3) bulan dari tarikh surat
kelulusan pinjaman dikeluarkan. Sekiranya borang tersebut tidak
diterima dalam tempoh yang ditetapkan kelulusan pinjaman perumahan tersebut
akan ditarik balik / dibatalkan secara automatik.
|
|
(ix)
|
Syarat-syarat dan peraturan lain sepertimana yang terkandung di dalam
Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/94 dan Bil.6/95 masing-masing dan
pindaan-pindaan kepada kedua-kedua nya adalah tidak berubah dan masih berkuat
kuasa dari semasa ke semasa.
|
|
3.
|
Syarat-Syarat
Pinjaman/Pembiayaan Bagi Kerja-Kerja Ubahsuai Rumah
|
|
SYARAT-SYARAT
PINJAMAN PEMBIAYAAN
BAGI KERJA-KERJA UBAHSUAI RUMAH |
||
(i)
|
Permohonan membuat pinjaman / pembiayaan
untuk kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan bagi harta yang telah
dibeli melalui pinjaman / pembiayaan perumahan perbendaharaan sahaja.
|
|
(ii)
|
Permohonan hanya boleh dibuat selepas 5
tahun dari tarikh surat kelulusan bagi pinjaman / pembiayaan Jenis 1 dan
Jenis V ATAU 5 tahun dari tarikh pengeluaran bayaran 95% / 100% dikeluarkan
bagi pinjaman / pembiayaan Jenis II dan Jenis III.
|
|
(iii)
|
Pemohon atau ‘spouse‘ ( bagi pinjaman /
pembiayaan bersama ) yang masih mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman /
pembiayaan tidak layak dipertimbangkan.
|
|
(iv)
|
Permohonan pinjaman / pembiayaan bagi
kerja-kerja ubahsuai rumah hanya dibenarkan sekali sahaja.
|
|
(v)
|
Amaun pinjaman / pembiayaan adalah perbezaan
di antara kelayakan semasa (mengikut gaji hakiki) dengan amaun yang telah
diambil atas pembelian harta terdahulu, tidak termasuk Perlindungan Takaful /
Insurans Gadaijanji dan Pemilik Rumah.
|
|
(vi)
|
Bagi pemohon yang memilih skim jawatan
tetap dan berpencen, tempoh maksima bayaran beliau adalah tidak lebih dari 25
tahun.
|
|
(vii)
|
Bagi pemohon yang memilih skim jawatan tetap
dan mencarum KWSP, tempoh maksima bayaran balik adalah baki tempoh berkhidmat
sebelum tarikh umur persaraan wajib.
|
|
(viii)
|
Pemohon hendaklah melantik Pemegang
Pertaruhan dengan mengemukakan Akujanji Pemegang Pertaruhan seperti Format
Borang 4A/2000 ( Kes Assignment) atau 4B/2000 ( Kes Gadaian ).
|
|
(ix)
|
Pemohon hendaklah mengemukakan Laporan
Penilaian kepada Pejabat Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian
Kewangan di mana harta berada mengikut Format Borang 1/2000.
|
|
(x)
|
Jika Hakmilik telah dicagarkan kepada
mana-mana Institusi Kewangan selain daripada Kerajaan Malaysia sebagai
Pemegang Gadaian kedua, pemohon perlu mendapat surat pengesahan daripada
Institusi Kewangan berkenaan terlebih dahulu yang bersetuju untuk
menangguhkan gadaian bagi membolehkan Kerajaan Malaysia didaftarkan sebagai
Pemegang Gadaian Kedua dan institusi kewangan berkenaan sebagai Pemegang
Gadaian Ketiga.
|
|
(xi)
|
Bagi Kes Assignment, jika Hakmilik Individu
/ Strata telah dikeluarkan, pinjaman / pembiayaan untuk kerja-kerja ubahsuai
rumah hanya boleh dipertimbangkan setelah Hakmilik Individu / Strata
dipindahmilik kepada nama peminjam / penerima biaya dan digadaikan kepada
Kerajaan Malaysia.
|
|
(xii)
|
Bagi kes bayaran balik pinjaman / pembiayaan
perumahan yang sedia ada yang belum lagi diselesaikan sepenuhnya, skim
pinjaman / pembiayaan sama ada SPPP atau SPPPI hendaklah mengikut skim
pinjaman / pembiayaan yang sedia ada.
|
|
(xiii)
|
Kerja-kerja ubahsuai rumah hanya boleh
dimulakan selepas surat tawaran kelulusan pinjaman / pembiayaan dikeluarkan
oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan.
|
|
(xiv)
|
Permohonan ubahsuai rumah bagi pembiayaan
bersama (SPPI), hendaklah dipohon secara bersama oleh suami isteri.
|
|
(xv)
|
Permohonan hendaklah sampai ke Bahagian
Pinjaman Perbendaharaan ( BPP) tidak lewat dari enam (6) bulan sebelum tarikh
bersara bagi pemohon yang memiliki skim jawatan tetap dan berpencen.
|
|
(xvi)
|
Tawaran pinjaman / pembiayaan hanya
berkuatkuasa selepas peminjam / penerima biaya menyempurnakan Borang Setuju
Terima Pinjaman / Pembiayaan (Lampiran E) dan dikembalikan kepada BPP
|
|
(xvii)
|
Pinjaman kerja-kerja ubahsuai tidak
dibenarkan untuk pembelian ataupun pembinaan aksesori rumah.
|
|
4.
|
Jenis-Jenis Pinjaman
/Pembiayaan
|
-
5.
|
Kelayakan
Pinjaman/Pembiayaan
|
|
Sila pastikan bahawa AMAUN KELAYAKAN pinjaman/pembiayaan
adalah berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA permohonan
|
|
Sila rujuk
Pekeliling Perbendaharaan SPPP bil 6/1995 @ SPPPI bil.10/1994
|
|
Amaun
pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan adalah berdasarkan pada amaun terendah
diantara kelayakan/harga rumah/bakihutang bank @ laporan penilaian.
SUMBER:
http://bpp.treasury.gov.my
|